Sejuk-sejuk Dapat yang Panas Sedap....

Aku kadang-kadang blur tak tau nak ajak family aku makan katne setiap kali diorang datang sini tau. Kang bawak kat tempat aku selalu lepak dengan budak-budak office pitam pulak mereka kan...hahahhahaa~ So aritue, setelah seharian makan dan minum di shopping complex, marilah kita pergi try makan tempat lain. Aku yang seharian berjalan ni muak nak fikir tau setiap kali ajak pergi makan... Ishhhhkkkk, mencih. Since that day hujan lebat, aku pun decide la makan kat Warisan Sambal Opah. Yang penting pama cakap nak makanan panas-panas. Fuhhhhhhh, sejuk-sejuk macam skang ni terbayang ok char kuew tiaw ke, mee celup ke... Dapnyaaaaaaaaaaaaaa....


Inilah dia kedainya... Ada shisah juga disini kalau mahu... Tepuk dada tanya selera... :P


Nasi lemak panas bungkus daun pisang... Satu singgit tak silap. Pastu lauk korang boleh pilih la apa-apa...


Mama pilih sambal telur puyuh ni.. Adehhhh, kolesterol sangat ye...


Ayam goreng berempah dan paru goreng pun ada... Sila-sila jemput jamu mata...


Ni la pemandangan dalam kedai... Nampak tak yang ramai-ramai tu? Itu mereka tengah pilih lauk la tu...


 Aku macam biasa konon taknak makan nasi malam.. So bantai Char Kuew Tiaw ye... Yummyyyyy!!!


Kalau korang nak try silalah ke Taipan. Dekat je dengan office aku ni. Nama je keje kat Shah Alam. Tapi Shah Alam dah sempadan USJ ok... So tak Shah Alam sangat la...hehehehe~ Apa tunggu lagi, rebutlah peluang sejuk-sejuk ni pekena benda panas... Nikmat I tell you!!! Harga reasonable... Takla melampau-lampau mana... Standard la. Mana nak dapat nasi lemak bungkus daun pisang harga singgit kan skang???? Ye dok??? 


Ini alamatnya...

No.2, Jalan USJ9/5P.
Kedai LOT TEPI...
USJ TAIPAN.
BERHAMPIRAN GEYLANG KOPITIAM DAN MURNI TAIPAN


Selamat Mencuba...
Till then...
xoxo~



p/s: arini macam biasa main badminton dan pingpong...buang lemak katanye... :P

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...