KAWAN LAMA....



*HAPPY BELATED BIRTHDAY ZACK*

Eh, sungguh tiba-tiba kan? Apa motif sebenarnya nak wish ni? Ok, biar aku (pasni nak pakai aku la) explain sikit pasal Zack ni. Aku kenal dia time degree. First sem degree kiranya. Asalnya aku kenal housemate dia dulu, Feen. Then baru aku kenal si Zack ni. Memang rapatla juga dengan mereka. Until now alhamdulillah kami still berkawan. Nak dijadikan cerita, Jumaat aritu tiba-tiba Zack kol. Dia tanya apa plan esok. Means Sabtu la kan? Aku cakapla takda apa kot. Then dia cakap kalau free jomla hangout. So aku kata insyaALLAH. Apa-apa aku roger dia. Sumpah wey time ni tak fikir or ingat langsung pasal birthday dia. Sorry bro... :( Plan asal nak pergi Sunway je sebab terlanjur adik aku nak ambil barang kt kawan dia depan Summit USJ kan? Tapi bila dah pergi ambil barang, aku tukar plan. Aku mesej Zack kalau pergi IKEA boleh tak? Terus dia kol aku cakap boleh and nanti dia tunggu je kat sana. Korang tahu tak, jem teruk ok dari USJ tu nak pergi ke Damansara. Itu pun aku lalu NKVE. Yang kelakar kan, aku macam lupa pasal IKEA sales tu. Memang patut pun jem. Dekat sejam ok menakong Zack tunggu aku and adik aku.


So, sampai-sampai kol Zack sebab dia nak tumpang letak helmet dalam kereta. Alang-alang dah nampak dia, terus jela angkut dia masuk dalam kereta then cari parking sama-sama. Alhamdulillah kejap je dah dapat parking. So terus ke food court. Aku dengan adik aku macam biasa la order meatballs. Zack tak makan daging. So dia makan Chicken Grill kot. Menu baru kat IKEA.


Benda wajib yang mesti order. Brokoli. hahahahha~ Even kaler hijau tapi aku makan dan suka. Aku kan tak makan sayur hijau-hijau ni. But this one, the only exception. Cewahhhhhhh! Macam lagu dah ney.


Adik aku poyo. Malu katanya. Yummy, kek DAIM sedap!!!!


Inilah dia birthday boy. Masa ni still aku tak ingat lagi ok pasal birthday dia. Padahal aku siap mentioned umur dia tahun ni berapa semua. hihihihi Apa punya perempuan daaa... 


Hahahaha adik aku tak puas hati. Dia nak jugak snap gambar aku buruk-buruk. Tapi.... Well, kamera suka aku kot. Haruslah cantik... hihihihihi 


Yang ni muka tak puas hati...


Ok, dah licin licau silau dah semuanya. Sebab semua lapar. hihihihihi Zack tukang perabis kek ok.


Haahahahahah~ kalau dah dasar gedoyot tu kan Zack, buat aksi macam mana pun still nampak gedoyot :p Lepas makan kitorang jalan-jalan kt the curve. Zack melayan jelah aku dengan adik aku macam biasa.


Korang nak tau bila yang aku ingat birthday Zack? ahhahahaha dah balik rumah and settle semua on lappy tengok FB baru teringat ok. Itu pn aku tengok FB Zack semua wish dia. Terus jerit-jerit dekat adik aku yang aku lupa birthday Zack. Kena marah ok dengan adik sendiri. Then terus dan-dan post kt wall Zack "Seronok tak keluar tadi? Nati kita hangout lagi ye. Nak wish tadi malu la... (pdhal lupa) <----- yang ni aku tak taip. Happy Birthday Zack. Tiba-tiba dia terus FB chat aku. Tanya mana tau ni. Aku cakapla mesti la aku ingat sebab semalam birthday abang aku. So arini birthday dia la. Beza sehari je lagi pun. HAHAHHAHAHAHA~ hebat kan aku drama?










Kitorang ada masuk kedai Daiso tau.






















Tak... Bukan beli apa-apa pun. Sungguh ni tak beli.


























Cuci-cuci mata je tengok barang. Berangan untuk masa depan nanti.























Sekali terbuat perangai pulak ok.




















Malu tak malu la kan? hihihihihihi





















Nahhhhhhhhhhh... Hamek ko!!!



Zack, sejak bila you can be so cute eh????? hahahahahahhaa 


Aku suka gambar diorang ni.


Itu je nak cite.
Nanti ada cite aku cite lagi eh?


p/s: aku kalau boleh nak cite yang best-best je kt blog ni.....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...